Google info dan internet online

Thursday, 27 August 2009

TIADA PAPARAN postheadericon

Posted by pch | Pada 09:12

1. Tutup komputer ‘Switch Off’
2. Tanggalkan display card dan pasangkan semula pada slot. Ketatkan card tersebut.
3. ‘Switch On’ komputer tersebut dan perhatikan sama ada masalah tersebut dapat di atas. Pada peringkat ini, masalah tiada gambar dapat dibahagikan kepada dua ketegori iaitu:
a. Ada gambar pada peringkat ‘BOOT’ dan ‘Dos’, tetapi tiada gambar pada peringkat ‘windows’.
b. Langsung tiada gambar dari peringkat ‘BOOT’.

4. Tutup suis dan buka semula komputer.
5. Pada peringkat ‘starting Windows 95 or 98’, tekan kekunci F8 untuk mengaktifkan ‘BOOT’ menu.
6. Setelah menu tersebut dipaparkan, pilih menu ‘Safe Mode’.
7. Apabila Windows telah selesai memasuki ‘Safe Mode’, buka ‘Properties’ dengan cara klik ‘Control Panel’ dan kemudia ‘Display’.
8. Klik pada menu atau tab ‘Setting’ dan kemudian dan butang ‘Advance’
9. Ubah ‘Driver Adapter’ (Driver untuk VGA Card) kepada ‘Standard VGA Adapter’.
10. Klik Ok kemudia Reboot. Semak sama ada gambar pada Windows ada ataupun tidak. Sekiranya ada gambar pada Windows, ianya menunjukkan terdapat masalah pada driver VGA card ataupun ‘System Windows’ . cara yang paling mudah untuk mendapatkan kualiti gambar pada asalnya adalah dengan melakukan ‘VGA Driver Installation’.
11. Perhatikan langkah seterusnya jika masalah masih belum selesai.

12. Tutup komputer ‘Swicth Off’. Tanggalkan card dan pasangkan pada slot yang lain. Kemudian ketatkan card tersebut.
13. Pasang suis ‘Swicth On’ dan perhatikan sama ada terdapat gambar ataupun tidak. Dengar bunyi ‘beep’ yang dikeluarkan oleh speaker kecil yang terdapat dalam casing CPU.
14. Sekiranya hanya satu ‘beep’ sahaja yang kedengaran, ini bermaksud semua perkakasan System berada di dalam keadaan baik. Sekiranya bunyi ‘beep’ kedengaran dua kali, Card VGA tersebut bermasalah dan dinasihatkan memasukkan semula perisian Operating System dan perisian-perisian yang berkaitan.
15. Sekiranya lebih dari dua kali bunyi ‘beep’ kedengaran, ini berkemungkinan berpunca daripada memori System tersebut. Cuba pasang card VGA tersebut kepada komputer lain yang disahkan berfungsi sepenuhnya untuk mengetahui kedudukan Card VGA tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Your Name: Email Address: Message:

TOP NEWS